Thursday 17 October 2013

I LOVE YOU



Perlahan-perlahan kita bina ukhuwwah ini,
Ukhuwwah yag dirancang hebat oleh Yang Maha Mengasihani,
Di pentas sementara ini,
Kita jalinkan kasih berlandaskan tujuan yang utama,
Untuk capai mardhatillahNya.

Ibarat menaiki tangga,
Satu-satu kita panjati,
Dengan penuh waspada,
Supaya tiada yang jatuh terluka.

Begitulah ukhuwwah yang masih mentah ini,
Alur perhubungan itu kita lalui bersama,
Terluka, Kecewa, Hampa,
Namun diakhirnya, masih tetap dibuai rasa sayangnya.

Sayangnya kerana SATU,
Sayangnya kerana Dia.


No comments:

Post a Comment