Friday 31 January 2014

.....

Indahnya sebuah perkenalan bila disulamkan dengan kasih sayang.

Mulianya sebuah persahabatan bila dialaskan akhlak.

Teguhnya sebuah ikatan bila Allah paksi utama.

Damainya sebuah impian bila Syurga matlamat sulungnya.

FIRAD. AKU FUTUR (BAB 1)



“Bang, nanti hadiahkan aku asbabun nuzul boleh?”

Itulah permintaan terakhirnya. Aku ke almari buku ku. Aku capai asbabun nuzul. Setahun dah Firad pergi. Air mata aku menitik sekian lama aku bertahan. Bukan aku ego tapi pesan Firad, jangan menangis bila dia tiada.

Sungguh aku rindu Firad. Aku menyeka air mata lalu membuka asbabun nuzul. Ucapan aku disitu untuk Firad dibaca.

“Firad, selamat ulang tahun yang ke 18. Semoga Syurga milikmu dan kita semua.”

Terlalu awal Firad pergi. Aku ingat lagi Firad yang dulu. Aku bersyukur dengan Firad Jadid. Firad yang baru. Dia sudah baik. Malah lebih baik dari aku. Dia tahu siapa perlu dia cinta Pemilik Cinta.

Aku tutup asbabun nuzul. Firad, sebenarnya kau suruh aku hadiahkan asbabun nuzul kat kau rupanya dalam tersirat kau yang menghadiahkan asbabun nuzul tu untuk aku.

Bergenang kelopak mata. Aku tak tahu kenapa aku terlalu rindu Firad. Mungkin sebab hari ini adalah hari lahirnya. Mungkin. Atau Firad sedang melihat aku?

Firad. Muncul lah kau dalam mimpi aku. Aku rindu. Beritahu aku keadaan kau. Supaya aku makin bersemangat buru Mardhatillah selepas aku kehilangan kau.

Aku capai fon. Aku bukak mesej dari Firad.

(Setahun sebelum)

“Abang,terima kasih untuk semuanya. Allah hantar kau untuk aku. Aku rasa tenang sekarang. Tak macam dulu. Resah gelisah. Kalau esok aku mati pun, takd lah aku terkilan. Bang, kalau aku takd nanti, aku taknak tengok kau menangis. Kau kan bengis bang >.< Kau kan selalu berlagak macho. So, jangan nangis tau. Aku sayang kau bang. Ingat ! Aku nak asbabun nuzul. Kehkehkeh :D”

Mesej tu aku tak balas.

Esoknya aku pergi rumah Firad memandang kan birthday dia. Aku nak bagi hadiah tu. Saja nak buat kejutan. Aku pelik sebab ramai sangat orang depan rumah Firad. Aku touching gila dengan Firad masa tu sebab dia tak ajak aku pergi birthday party dia. Aku balik rumah. Aku press motor kuat-kuat. Touching wey.

Malam tu aku mesej dia.

“Sampai hati kau tak ajak aku kan datang rumah kau. Aku kan abang kau. Kau cakap kau sayang aku :’(“

Tak berbalas. Aku pun buat don’t know je. Mak masuk bilik.

“Dah tau berita pasal Firad?”

“Berita apa? Tadi along pergi rumah dia nak hantar hadiah dia. Tengok rumah dia ramai orang. Firad buat birthday party tak ajak along. Along terus balik rumah. Ni along mesej dia, tapi tak berbalas.”

“Firad dah tak de….” Mak menekup mukanya.

APAAAA ?! Aku capai telefon. Aku call Firad. Tak dapat. Aku text Firad.

“Firad, kau buat apa tu”

“Firad kau hidup lagi kan?”

“Firad jom jumpa.”

“Firaddd…firadddddddd.”

Tak berbalas.

*********

Sempena dengan hari kelahirannya hari ni, aku ziarah kubur arwah. Kat tangan aku ada asbabun nuzul. Aku letak asbabun nuzul di atas kapok kubur arwah. Aku cabut anak rumput yang tumbuh kat atas kubur. Air mata menitik. Aku terlampau rindukan Firad.

Selesai aku baca yassin, kat satu sudut tu aku nampak Firad. Firad serba putih. Firad senyum kat aku. Aku senyum balik. Bahagia dah kat kau sana, adik. Alhamdulillah. Abang rindu kau.

Aku kena move on. Aku tak boleh lemah macam ni. Firaddddd. Susahnya aku nak move on. Kehilangan kau amat terasa. Aku nak ikut kau. Aku dah penat hidup dalam dunia ni. Aku dah penat. Aku futur.

JADILAH ORANG YANG SIBUK

Alhamdulillah.

Apabila diberi mandat.
Pada mulanya terasa gembira tak terkata.
Kerana--
Doa untuk digolongkan dalam kalangan orang yang sibuk termakbul.

Namun,
Tanggungjawab itu besar.
Malah--
Berat untuk dipikul.

Allah.

Penat.
Letih.
Lesu.

Tapi ini lah perjuangan.
Bila lagi mau infak tenaga pada Islam?

Saturday 4 January 2014

I MISS YOU

Allah,

Aku rindu.
Sakitnya rindu.

Sampaikan salam rindu ku padanya.
Insan yang jauh,
Namun sentiasa di hati ini.

Thursday 2 January 2014

WHEN IS OUR TURN?

Alhamdulillah ~

Akhirnya, hajat untuk ziarah pusara abg azem tercapai jua :') Sungguh, bagi aku arwah abg azem telah buka mata aku yang buta akan nikmat Allah ni. Teringin menjadi seperti arwah abg azem. Waktu-waktu hidup nya terisi dengan aktiviti berfaedah, aktiviti ke jalanNya.

Benar lah kata orang itu, 'orang yang sibuk pasti ada masa'.

Betapa merendah diri nya arwah abg azem sampaikan dirinya menjadi mpp di umk jeli tidak diketahui keluarganya.

Kehilangan arwah abg azem, benar-benar terasa. Alhamdulillah, adk arwah yang juga merupakan sahabat dunia wa akhirat pinjamkan buku arwah untuk aku baca.

"Wabak Sepanjang Jalan"
"Mencari Makna Hidup"

Allah.

Lihat saja dari segi pembacaannya :') Sempat juga aku melihat album2 arwah. Sungguh, tenang lihat wajah hamba Allah itu. Aurat terjaga. Lihat dari gambar, memang seorang yang aktif.

Berbasikal, ekspedisi panjat gunung, berpersatuan, berusrah, dan sebagainya.

Semoga arwah abg azem ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Al-fatihah ~

Blog tinggalan arwah--
tikahatikatamati.blogspot.com

SAYA ADA AURAT, BEGITU JUGA AWAK ~



“Aurat lu, lu sendiri jaga ma~”

“Guwa memang jaga aurat guwa. Tapi lu sesuka hati acapan pi haplod gambar guwa yang ternampak aurat guwa apa pasal? Mau kena libas ka?”

“Errr. Guwa padam. Hang sabaq sat nah.”

-------------------------------------------------------------------------------

Saya jaga aurat awak. Awak jaga aurat saya. Sebelum nak haplod apa-apa gambar, pastikan tiada aurat yang terdedah. Pastikan semua menutup mengikut syariat. Pastikan tiada insan yang membuka aurat di dalam gambar tersebut.

Mungkin saya dan awak terlepas pandang akan aurat yang kita semua pandang remeh.

BEB, NAK CONTOH.

Lengan baju yang terselak hingga menampakkan aurat dan juga urat.
Pakai baju lengan 3 suku, 4 suku. 5 suku, bersuku-suku.
Kaki tidak disarung stokin.
Penampakan rambut di dalam gambar even bertudung. *hah cemana tu?*

SIAPA NAK BUAT DOSA KERING?

Semua orang taknak. Jadi, saya dan awak janganlah tergolong dalam golongan yang membuat dosa kering, atau membantu orang membuat dosa kering dengan mempamerkan aurat mereka di efbi, twitoorr, wechak, watsep, instegeram.

Gambar saya dan awak mungkin dah menutup aurat, tapi jangan nak haplod lelaju sangat. Check dulu gambar kat sebelah kita, belakang kita, atas kita, bawah kita semua menutup aurat tak? Kalau tak, simpan je gambar tu dalam phone, laptop ke segala bagai. Buat tatapan peribadi sajo.

Saya dan awak--
Kita ada Allah kan.
Kenal Allah tak?
Setiap perbuatan kita akan dihisab di sana.

Jadi mohon,
Sebelum haplod gambaq, fikir lah sejuta doploh pat kali -- ATAU -- lebih.

AURAT ITU AURAT. AURAT ITU MARUAH KU DAN MARUAH MU JUA.

KITA MAMPU MENGUBAHNYA.