Monday 14 April 2014

BERBEZA, MUNGKIN?

Duhai hati,

Bersabarlah. Tak semua orang pandai tunjukkan sayangnya pada orang. Mungkin dia ada cara tersendiri. Mungkin nama kita tak pernah terkeluar dari senarai nama-nama yang didoakan olehnya.

Bersangka baik ya, wahai hati ku sayang.

Saturday 12 April 2014

Berpisah Kerana Allah







Kita berpisah kerana Allah.
Kita berpisah kerana jarak di antara kita.

Sampai satu masa nanti,
Kita berpisah kerana kematian.

Dan mungkin,
Di akhirat sana--
Kita terpisah kerana amal dan taqwanya.

Insan-insan yang banyak membantu diri,
Makin lama makin pergi.
Pergi mencari ilmu Ilahi,
Tinggal lah seorang di sini.

Tersapa.
Hanya Allah sentiasa bersama.

Yang tak pergi--
Malah selalu mendekati.
Tiap masa,
Saban ketika.

Sedih.

Selepas jalinan yang terbina,
Akhirnya kata pergi terungkap jua.

Terima.
Walau parah.
Kerana sebaiknya--
Allah tempat bersandar.

Terima kasih Rabbi.
Atas perkenalan ini.
Pasti ada sebab akan perkenalan ini.

Kerana--
Aku mula kenal Ilahi.


-
-
-
-
-
-
-
-


Forever sayang kak syu,
Athirah.

11/4/2014, 5.45pm




Sungguh,
Bila atma terketuk,
Jantung bermain rentak.

Lalu,
Butir airmata jatuh.

Kerana tertanya,

Antara dua jalan,
Mana pengakhirannya?

Syurga atau Neraka?

Friday 31 January 2014

.....

Indahnya sebuah perkenalan bila disulamkan dengan kasih sayang.

Mulianya sebuah persahabatan bila dialaskan akhlak.

Teguhnya sebuah ikatan bila Allah paksi utama.

Damainya sebuah impian bila Syurga matlamat sulungnya.

FIRAD. AKU FUTUR (BAB 1)



“Bang, nanti hadiahkan aku asbabun nuzul boleh?”

Itulah permintaan terakhirnya. Aku ke almari buku ku. Aku capai asbabun nuzul. Setahun dah Firad pergi. Air mata aku menitik sekian lama aku bertahan. Bukan aku ego tapi pesan Firad, jangan menangis bila dia tiada.

Sungguh aku rindu Firad. Aku menyeka air mata lalu membuka asbabun nuzul. Ucapan aku disitu untuk Firad dibaca.

“Firad, selamat ulang tahun yang ke 18. Semoga Syurga milikmu dan kita semua.”

Terlalu awal Firad pergi. Aku ingat lagi Firad yang dulu. Aku bersyukur dengan Firad Jadid. Firad yang baru. Dia sudah baik. Malah lebih baik dari aku. Dia tahu siapa perlu dia cinta Pemilik Cinta.

Aku tutup asbabun nuzul. Firad, sebenarnya kau suruh aku hadiahkan asbabun nuzul kat kau rupanya dalam tersirat kau yang menghadiahkan asbabun nuzul tu untuk aku.

Bergenang kelopak mata. Aku tak tahu kenapa aku terlalu rindu Firad. Mungkin sebab hari ini adalah hari lahirnya. Mungkin. Atau Firad sedang melihat aku?

Firad. Muncul lah kau dalam mimpi aku. Aku rindu. Beritahu aku keadaan kau. Supaya aku makin bersemangat buru Mardhatillah selepas aku kehilangan kau.

Aku capai fon. Aku bukak mesej dari Firad.

(Setahun sebelum)

“Abang,terima kasih untuk semuanya. Allah hantar kau untuk aku. Aku rasa tenang sekarang. Tak macam dulu. Resah gelisah. Kalau esok aku mati pun, takd lah aku terkilan. Bang, kalau aku takd nanti, aku taknak tengok kau menangis. Kau kan bengis bang >.< Kau kan selalu berlagak macho. So, jangan nangis tau. Aku sayang kau bang. Ingat ! Aku nak asbabun nuzul. Kehkehkeh :D”

Mesej tu aku tak balas.

Esoknya aku pergi rumah Firad memandang kan birthday dia. Aku nak bagi hadiah tu. Saja nak buat kejutan. Aku pelik sebab ramai sangat orang depan rumah Firad. Aku touching gila dengan Firad masa tu sebab dia tak ajak aku pergi birthday party dia. Aku balik rumah. Aku press motor kuat-kuat. Touching wey.

Malam tu aku mesej dia.

“Sampai hati kau tak ajak aku kan datang rumah kau. Aku kan abang kau. Kau cakap kau sayang aku :’(“

Tak berbalas. Aku pun buat don’t know je. Mak masuk bilik.

“Dah tau berita pasal Firad?”

“Berita apa? Tadi along pergi rumah dia nak hantar hadiah dia. Tengok rumah dia ramai orang. Firad buat birthday party tak ajak along. Along terus balik rumah. Ni along mesej dia, tapi tak berbalas.”

“Firad dah tak de….” Mak menekup mukanya.

APAAAA ?! Aku capai telefon. Aku call Firad. Tak dapat. Aku text Firad.

“Firad, kau buat apa tu”

“Firad kau hidup lagi kan?”

“Firad jom jumpa.”

“Firaddd…firadddddddd.”

Tak berbalas.

*********

Sempena dengan hari kelahirannya hari ni, aku ziarah kubur arwah. Kat tangan aku ada asbabun nuzul. Aku letak asbabun nuzul di atas kapok kubur arwah. Aku cabut anak rumput yang tumbuh kat atas kubur. Air mata menitik. Aku terlampau rindukan Firad.

Selesai aku baca yassin, kat satu sudut tu aku nampak Firad. Firad serba putih. Firad senyum kat aku. Aku senyum balik. Bahagia dah kat kau sana, adik. Alhamdulillah. Abang rindu kau.

Aku kena move on. Aku tak boleh lemah macam ni. Firaddddd. Susahnya aku nak move on. Kehilangan kau amat terasa. Aku nak ikut kau. Aku dah penat hidup dalam dunia ni. Aku dah penat. Aku futur.

JADILAH ORANG YANG SIBUK

Alhamdulillah.

Apabila diberi mandat.
Pada mulanya terasa gembira tak terkata.
Kerana--
Doa untuk digolongkan dalam kalangan orang yang sibuk termakbul.

Namun,
Tanggungjawab itu besar.
Malah--
Berat untuk dipikul.

Allah.

Penat.
Letih.
Lesu.

Tapi ini lah perjuangan.
Bila lagi mau infak tenaga pada Islam?

Saturday 4 January 2014

I MISS YOU

Allah,

Aku rindu.
Sakitnya rindu.

Sampaikan salam rindu ku padanya.
Insan yang jauh,
Namun sentiasa di hati ini.