Tuesday 8 October 2013

White or Black



Aku tahu, bukan mudah melawan perasaan duka ini.
Kemenangan redha pasti akan kunjung jua.
Cuma aku tidak tahu bila detiknya.
Dimana aku mampu hidup tanpa jasadnya,
Cuma alunan kata nasihat darinya saja.

Tapi sampai bila?
Sampai bila meratapi ketentuan ini?
Lupa semua tujuan hidup,
Lupa semua misi hidup,
Yang pada akhirnya menjadi penentuan di sana.

Bukan semudah kata untuk bangun,
Tanpa dia di sisi.
Tapi lupakah?
Dia sentiasa di sisi.

Pilih.
Dia atau dia.

Lenggok yang sama tapi beza tamsilannya,
Baru diuji perpisahan sudah mahu jatuh?
Gelak sekeliling dek kelemahan diri.
Apa tunggu lagi?

Terbentang luas di depan mata,
Hitam atau putih,
Itu pilihannya.

Penentu SYURGA mahupun NERAKA

1 comment: