Monday 14 April 2014

BERBEZA, MUNGKIN?

Duhai hati,

Bersabarlah. Tak semua orang pandai tunjukkan sayangnya pada orang. Mungkin dia ada cara tersendiri. Mungkin nama kita tak pernah terkeluar dari senarai nama-nama yang didoakan olehnya.

Bersangka baik ya, wahai hati ku sayang.

Saturday 12 April 2014

Berpisah Kerana Allah







Kita berpisah kerana Allah.
Kita berpisah kerana jarak di antara kita.

Sampai satu masa nanti,
Kita berpisah kerana kematian.

Dan mungkin,
Di akhirat sana--
Kita terpisah kerana amal dan taqwanya.

Insan-insan yang banyak membantu diri,
Makin lama makin pergi.
Pergi mencari ilmu Ilahi,
Tinggal lah seorang di sini.

Tersapa.
Hanya Allah sentiasa bersama.

Yang tak pergi--
Malah selalu mendekati.
Tiap masa,
Saban ketika.

Sedih.

Selepas jalinan yang terbina,
Akhirnya kata pergi terungkap jua.

Terima.
Walau parah.
Kerana sebaiknya--
Allah tempat bersandar.

Terima kasih Rabbi.
Atas perkenalan ini.
Pasti ada sebab akan perkenalan ini.

Kerana--
Aku mula kenal Ilahi.


-
-
-
-
-
-
-
-


Forever sayang kak syu,
Athirah.

11/4/2014, 5.45pm




Sungguh,
Bila atma terketuk,
Jantung bermain rentak.

Lalu,
Butir airmata jatuh.

Kerana tertanya,

Antara dua jalan,
Mana pengakhirannya?

Syurga atau Neraka?