Sunday 15 December 2013

SEMOGA IA MENJADI KIFARAH DOSA-DOSAKU

Bila kau ada masalah darah,
Antibody kau makin lemah,
Kau senang dapat sakit,
Kau mudah pening tak semena,

Satu je yang bermain dalam kepala kau--
Kau dah nak jumpa Allah.

Kau fikir macam tu sebab kau taknak cari pasal dengan Dia lagi,
Kau mula kenal apa itu serik,
Tapi kau tahu--

Mati itu pasti.
Dan syarat mati adalah hidup.

Kau calonnya

Friday 6 December 2013

MUDAH, TAPI TAK SENANG. YANG PENTING ISTIQAMAH





Hidayah.

Hanya Allah yang tahu siapa yang layak mendapat hidayahNya. Dan berdoalah moga kita menjadi calon dan penerimanya.

Perubahan memakan masa. Perubahan memerlukan istiqamah. Perubahan tak boleh terlalu drastic. Perubahan tak boleh terlampau ekstrim.

Perlahan-lahan.

Kerana--

Istiqamah tu penting. Allah suka pada hambanya yang istiqamah.
Perubahan perlu didahulukan dengan niat. Untuk apa berubah? Dari situ, hendaklah kita belajar mengenal Allah, RasulNya dan Islam.

Pertama

Kenal Allah. Kita perlu tahu kenapa kita worship Him. Kita kena tahu kenapa kita perlu mencintaiNya.

Kedua

Kenal Rasulullah. Kenapa kita perlu sayang Rasulullah. Kenapa kita perlu menjadi salah seorang pejuang raintai dakwah.

Ketiga

Kenal Islam. Kenapa Islam dikatakan indah. Kenapa Islam dikatakan mudah. Bi idznillah, kita akan bersyukur dengan nikmat paling utama ini apabila kita tahu dan faham nilai kenikmatan Islam itu sendiri.

Perubahan dari segi pakaian

Mungkin lain orang, lain caranya. Tapi bagi diri ini, banyak juga halangannya. Siapa kata orang yang mahu berhijrah tidak akan diuji? Allah dah kata, ujian tanda sayang. Ujian tanda kita tahu betapa lemahnya kita dan tak lain tak bukan hanya Allah yang akan kita cari untuk mohon kekuatan.

Di bawah ini step by step yang diri ini lakukan. Yang penting, ISTIQAMAH.

1.     Pakai inner baju/handsock walaupun memakai baju lengan panjang. Sebagai salah satu precaution untuk muslimat apabila mengangkat tangan ataupun terselak. Biasakan diri, baru move kepada next step.

2.       Pakai inner neck. Kebanyakkan tudung tu jarang. If tak jarang pun, pakai jugak. Sebagai langkah berjaga-jaga. Takut terselak ke cemana. Biasakan diri, baru move kepada next step.

3.       Pakai stokin. Kaki juga aurat kan. Jadi, kena jaga kaki kita. Nampak macam remeh. Tapi yang remeh tulah kita susah buat. Tak panas. Serious. Sejuk je. And rasa safe sangat. Biasakan diri, baru move kepada next step.

4.       Labuhkan tudung sehingga menutupi dada. Tudung bidang 45 pun mampu untuk labuh. Buat macam dena bahrin dimana dena tarik bahagian dalam. Ingat. Belakang jangan dipendekkan pulak. Biasakan diri, baru move kepada next step.

5.       Bila dah biasakan diri dengan melabuhkan tudung, bertukar lah pulang tudung tersebut kepada yang tidak jarang.

Satu je perlu ingat. Kena istiqamah. Kalau tak mampu, berdoa lah. Minta kekuatan padaNya.

Oh ya--

Perlu bersedia.

Akan ada mulut-mulut busuk cakap memacam dekat penghijrah macam kita.

“Macam ustazah lah kau.”

“Kau ni dah macam mak orang. Macam mak mengandung pun ada.”

“HAHAHA. Kau baru balik dari sekolah agama ke?”

Memacam lagi. Bila ditembak macam tu, cepat cepat senyum dan pujuk hati kita. Beritahu hati kita, “Aku berubah kerana Allah. Bukan kerana manusia. Biar nampak kolot pada mata manusia. Tapi aku percaya, inilah pakaian yang Islam ajarkan.”

That’s all.

Islam datang dalam keadaan terasing, dan akan kembali terasing. Beruntung lah orang yang terasing itu.

Doa. Doa. Doa.

Usaha. Usaha. Usaha.

Doa. Doa. Doa.

Tawakal. Tawakal. Tawakal.

Doa. Doa. Doa.

Sentiasa bersyukur.

Monday 25 November 2013

BERKORBAN KESENANGAN DUNIA UNTUK AKHIRAT SANA



“Nak berubah. Tapi….”

“Tapi apa?”

“Kalau nak berubah mesti kena clash semua tu kan?”

“Aah.”

“Kalau still teruskan takpe ke? Sebab kami memang jarang contact. Dia busy”

“Emm. Kalau pakwe awak tu tak busy, still awak akan layan jugak kan?”

Senyap.

“Cuba bandingkan dengan analogi ni. Kalau awak nak solat tapi taknak wudhu’, boleh tak? Agak-agak Allah terima tak?”

Senyap.

“Tetapkan pendirian dulu. Tanya hati, tanya iman apa yang dia nak. Jalan Allah takd yang senang. Alhamdulillah niat tu dah ada. Tapi cuma kena betulkan sikit. Berubah means amik jalan yang orang ramai tak ikut, nak lalui then kena totally tinggal semua yang mungkar. Once kita dah masuk jalan baru tu, jangan toleh belakang or jangan cuba-cuba intai pun ke belakang. So, nak taknak kena tinggal semua tu kalau betul nak berubah.”

“Bak kata ustazah Fatimah syarha, mujahadah itu perit tapi natijahnya hebat.”

“Hah tu. Awak dah tahu tu. Saya ada satu hadits tentang jalan ke syurga. Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda,

حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ

“Surga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa) dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai syahwat.”(HR. Muslim)

Maksudnya kat sini, jalan ke syurga tu ramai yang taknak ikut sebab tak seronok. Seronok ke pergi dengar ceramah? Seronok kena bangun tengah malam nak jumpa Allah? Orang lain sibuk bergembira dengan kengkawan, kita kena bangun malam cari ilmu Allah. Jalan ke neraka lagi seronok. Tak perlu solat, tak perlu tutup aurat. Batas pergaulan tak perlu dirisaukan.Bergaul sesuka hati dengan ajnabi. Seronok sangat. Sebab tu ramai yang terbuai dengan keseronokkan ni. Kalau nak yang manis je selalu, silakan. Tapi jangan lupa, Allah dan Rasul dah bagi peringatan pada kita tentang jalan yang syok tu apa akibatnya. Wallahu’alam.”

Nangish.

JANGAN TINGGALKAN



Tika berdakwah--
Jangan tinggalkan keluarga.

Tika berkasih sayang--
Jangan tinggalkan keluarga.

Tika memimpin tangan ke syurga--
Jangan tinggalkan keluarga.

Keluarga bahagia adalah keluarga yang saling melengkapi.

Saturday 23 November 2013

SENYUM DAN BERSANGKA BAIK LAH



Siapa lah diri kita untuk menyuruh sekeliling menyangka baik pada kita.

Mereka bukan pegang hati kita, maka maafkanlah.
Mereka tidak tahu perasaan kita, maka maafkanlah.
Mereka tiada pengetahuan tentang diri kita, maka maafkanlah.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Allah tahu segalanya tentang diri ini. Cukup hanya kita dan Dia saja yang tahu. Kita senyum jelah bila orang bersangka buruk. Diri sendiri tahu selebihnya.

Bersangka baik pada mereka semula. Orang bagi api, kita bagi air. Orang campak benci, kita lempar kasih sayang.

Tapi lihat semula pada diri kita, apa yang disebabkan orang bersangka buruk pada kita?

Ada mata--
Lihat.

Ada akal--
Fikir.

Ada hati--
Jaga.

Ada lidah--
Seru.

Thursday 21 November 2013

TAK SEMUA SAMA



"Kata-kata nasihat hari ini hanya terlihat kesannya dua tiga tahun akan datang.

Jangan kecewa andai kesannya bukan sekelip mata, teruskan beri nasihat

Nasihat ubat kehidupan." - Kak Amirah Asri

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Betul.

Al-Khattabi dan Ibn al-Atsir berkata:
 "Nasihat adalah sebuah kata yang mengungkapkan keinginan agar orang lain mendapat kebaikan."


Asy Syafi' berkata:
"Menasihati dengan kata ibarat muadzin yang merdu suaranya, menasihati dengan perbuatan ibarat imam bagi segala."
 



Manusia memang rambut sama hitam melainkan kalau ada yang p kaler rambut. Tetapi, tahap kefahaman, tahap seseorang untuk menilai nasihat tu berbeza.

Ada yang cepat.

Ada yang lambat.

Sebagai seorang penasihat, kita jangan cepat berputus asa. Tugas kita adalah menasihati diri sendiri, keluarga dan sekeliling. Selebihnya kita serah pada Allah. Allah yang memberi hidayah itu pada mereka yang Allah kehendaki.

Selepas berusaha menasihati seseorang, berdoa lah.

Yang pasti. Jangan lupa check semula cara kita menasihati.


Firman Allah SWT:
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." (An-Nahl:125)

Cuma Allah sahaja yang tahu bahawa seseorang itu layak berubah atau tidak. Marilah sama-sama menasihati satu sama lain dalam usaha bantu perjuangan menyebarkan nilai Islam itu. 

Monday 18 November 2013

SELAGI MAMPU





Dakwah selagi mampu. Aku tiada kelebihan untuk berdakwah menggunakan ayat-ayat Allah seperti para pendakwah yang lain. Apa yang aku mampu, itu yang cuba aku sampaikan. Apa yang aku faham, itu yang cuba aku terangkan. Apa yang aku tahu, itu yang cuba aku beri pertolongan.

Aku bukan mufti,
Aku cuma daei.

TINGGALKAN CORETAN PENUH SINAR



15 November 2013

Hilangnya syabab agama. Hilangnya salah seorang penyambung rantai perjuangan Rasulullah SAW. Semoga kedua-dua arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta diberikan ganjaran Syurga. Aamiin ~

tikahatikatamati.blogspot.com

Arwah meninggalkan penulisan yang sangat bagus. Berguna dan bermanfaat.

Al-Fatihah ~

----------------------------------------------------------------------

Untuk kita yang masih lagi berpeluang menikmati segala nikmat ini, mohon berfikir sejenak. Setiap hembusan nafas itu ada amanah nya. Bertanya lah kepada diri kita, KENAPA AKU MASIH DIBERI PELUANG? 

Makin lama, makin banyak aplikasi yang boleh kita sampaikan dakwah. Walaupun ia dipandang kecil pada mata manusia, tapi tidak dimata Dia. Kerana Dia memandang usaha kita, bukan natijahnya. Ambil kesempatan untuk menggunakan segala aplikasi seperti twitter, facebook, blog, WeChat, whatsapp dan sebagainya sebagai jalan untuk menyambung rantai perjuangan ini.
Tulis yang baik-baik. Sampaikan yang baik-baik. Tiada perli, cercaan, Harap dijauhkan. Tinggalkan input yang bermanfaat pada sekeliling. Siapa tahu ada yang terusik atma nya lalu berubah kerana Allah. Malaikat tak pernah terlepas mencatat segala kebaikan walaupun ia sebesar zahrah. 

Ya. Allah itu bukan sifatnya kejam. Sebesar zahrah pun Allah sudah memberi kita pahala. Allah Maha Penyayang, Maha Pemberi. Biasakan diri untuk tidak post apa-apa status yang tak membawa apa erti. Cuba kita semua berfikir, apa sebab Allah jadikan aplikasi-aplikasi tersebut?

Untuk kita hapdet status yang memerli seseorang?
Untuk kita membalas dinding dengan ajnabi?
Untuk kita post gambar-gambar yang sepatutnya ditatap yang halal saja?

BERFIKIRLAH.

Allah takkan jadikan sesuatu itu sia-sia. Pandanglah aplikasi-aplikasi tersebut sebagai salah satu cara untuk menyampaikan dakwah, berkongsi maklumat. Pandang dari aspek manfaat aplikasi-aplikasi tersebut. Belum terlambat untuk lihat semula status-status di dinding mukabuka, di burungbiru dan sebagainya.
MARI MULA.

Jangan tunggu lagi. Mati tak kenal usia. Mana-mana yang tidak sepatutnya, mohon untuk dipadam. Tak rugi. Allah sayang kita. Sebab tu Dia kurniakan kita akal untuk berfikir. Berfikir untuk jangka masa panjang. Akhir kata, tulis dan tinggalkan lah coretan yang memberi manfaat kepada orang sekeliling walaupun di masa ketiadaan kita di dunia ini.

Thursday 7 November 2013

TEKAD





Alhamdulillah bila masih diberi kenikmatan dalam bersahabat. Ketika diri dilanda kekecewaan, sahabat ini tak pernah gagal menghulurkan tangannya.

Sahabat ini tak pernah menghampakan.

Sahabat ini tak kan pernah sanggup melihat temannya terduduk lemah.

“Nak tanya, frust ke berita pasal si dia tu? Maaf soalan sensitif.” Nada memujuk.

“Ada lah juga rasa rasa centu. Macam kebetulan, lepas akak tagged doa jodoh tu, terus dapat tahu berita ni. HAHAHAHA.” Gelak palsu. Obvious gila.

“Takpelah. Ada yang terbaik untuk tra. Sokay. Buat masa ni fikir canne nak baiki diri dulu, cinta pada Allah, Rasulullah. Canne nak bantu Islam. Fikir  cara dakwah and tarbiyah. Selebihnya biar Allah yang uruskan. Jangan lupa surah Muhammad ayat 7.” Senyum sambil membawa aku ke pelukannya.
  
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

“Thank you.” Hanya itu yang terluah.

“Wo men tai. Kuat tau.” Buat gaya orang tunjuk muscle.

Cis. Aku tergelak. "Lawak lah akak ni."

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Sesibuk sahabat ni pun masih ada masa untuk temannya. Masih share apa-apa ilmu, kata-kata semangat. Alhamdulillah ~

*****

“Nak pulih hati daripada kekecewaan bukan semudah lidah menyuruh.” Update moments.

17:40 , 7 Nov
                InsyaAllah mudah jika tiada yang lain di dalam hati selain Allah. Hati berbolak-balik, banyakkan istighfar. Mohon Dia kuatkan hati.

Sahabat ni kelas nya sampai malam. Tapi tak pernah terlepas mengikuti apa-apa status temannya. Pasti ditinggalkan kata-kata semangat. Ya Allah, jagakan sahabat ini untuk aku. Permudahkan urusannya kerana dia sedang membantu Islam. Sayang dia keranaMu, Rabb.

Tekad.

Tak mahu mengintai kenangan lama. Hidup kena teruskan. Doakan yang terbaik sahaja untuk si dia. Semoga diberi keredhaanNya dalam setiap pekerjaan yang dibuat. Bi idznillah.

6 HURUF, DUA PERKATAAN




Bila kita dah lama simpan perasaan ni sejak mula kenal si dia, tuptup dapat tahu yang si dia bakal merisik seorang gadis nun di perlis. Patah hati. Sedih. Tak tau nak describe perasaan ni cemana. Sebab memang dari dulu lagi hati ni terpaut pada si dia. Tanpa si dia tahu.

Dari awal kami kenal, masa tu kami form 3. Start dari situ aku terpaut pada si dia. Seorang yang rajin, kuat usahanya, bekerja semata kerana mahu membantu keluarga, kaki masjid dan sebagainya. Tak ada sebab untuk aku tidak jatuh hati pada si dia.

Aku ingat lagi bila si dia beritahu yang si dia akan masuk navy. Tu memang impiannya. Katanya, si dia teringin nak hidup di tengah laut. Alhamdulillah dimakbulkan. Masa tu kami masih berhubung. Dan aku belum lagi kenal apa erti mujahadah.

Aku mula tak contact si dia sebab aku nak belajar mujahadah. Sebab aku nak jadi mahal untuk yang mahal. Pernah aku bagi tahu dia yang aku tak kuat, Alhamdulillah si dia bantu aku dengan tidak membalas segala mesej aku.

Lama kami tak berhubung. Satu hari, lepas aku mintak penjelasan daripada ustazah mengenai boleh tak kalau seseorang berhubung untuk menanyakan khabar. Sebab aku terlampau rindu. Jadi, aku bertanya khabar si dia.

Dalam masa yang sama, aku share kata-kata dari blogger islamik, share apa-apa yang patut berkenaan dengan mujahadah. Reaksi  si dia positif. Aku gembira. Sebab aku mahu dia bermujahadah sekali. Dan supaya aku dan dia sama-sama buru mardhatillahNya.

Tapi, cinta aku rahsia. Aku pendam. Sebabnya--

Bila meluahkan, apa pulak si dia kata?

Bila tak meluahkan, aku yang kecewa.

Nampaknya, si dia dah temu jodoh yang sesuai dengan dirinya. Aku tumpang gembira. Itu yang terbaik untuk si dia. Aku kena belajar terima hakikat. Mungkin ada yang terbaik untuk aku. Siapa tahu kan?

Tapi tulah, proses melupakan tu memang agak payah. Memerlukan masa yang lama untuk melupakan si dia. Bukan bermakna aku terus memutuskan persahabatan ni, tapi aku perlu lebih ruang untuk aku buang rasa cinta aku pada si dia. Aku harus hormat si dia dan pasangannya. Aku kena move on. 

Biarlah dia tak tahu cinta aku padanya.

Sebab aku sendiri tak tahu jodoh aku siapa sebenarnya.

Biar rasa ini terus jatuh pada yang sepatutnya.

May Allah ease ur way, sahabat fillah.