Monday 7 October 2013

AKU CINTA DIA






Sakitnya rasa cinta bila tidak diluahkan,
Tercari-cari siapakah miliknya,
Adakah dia yang selalu bermain di hati?
Atau dia yang tak pernah wujud dalam permainan minda ini?

Kecelaruan akal bila memikirkan soal cinta,
Apa maksud cinta itu yang sebenarnya?
Adakah seperti yang di definasikan oleh pasangan-pasangan yang belum sah?
Cinta itu kejam, cinta itu sakit?

Sedang sibuk mencari si tulang rusuk kiri,
Lupa bahawa Dia Maha Kaya Cinta,
Lupa untuk mencintai Dia,
Lupa untuk meluahkan rasa cinta sejati pada Dia.

Cukuplah,
Soal hati ini hanya Dia punya jawapannya.
Berpasangan atau tidak pada akhirnya,
Bukanlah matlamat seseorang mujahidah.

Cumanya,
Apabila dikurniakan si dia,
Sebagai cara melengkapkan separuh agama.
Jika sebaliknya,
Pasti dia menunggu di sana.

Hakikatya,
Cinta itu indah, cinta itu bahagia,
Hanya dengan mencintai Dia, tenang rasa jiwa,
Dia tak pernah menghampakan,
Dia adalah cinta sebenar.
Bahagia bila dapat ruang cintaNya.

Aku cinta Dia

No comments:

Post a Comment