Tuesday 6 August 2013

Terima Kasih Rabb


Setelah muhasabah diri, duduk bertafakur, tajdid niat, kumpul kekuatan... akhirnya, CD tekad. Kena kental kan hati. Tepis semua cemuhan orang sekeliling. Biarlah orang nak kata apa dengan perubahan ni. I changed not to please others but HIM. Indeed.

Sahabat merangkap kakak pesan :

"Selama saya berdiam diri dulu, saya pun tekad taknak cerita pape masalah or hal-hal yang sedih pada orang lain dah. Biar Allah je yang tahu. 

Kalau boleh, biarlah kita share yang happy je. Tapi kalau ada pape yang tak boleh simpan sendiri lepas dah mengadu pada Allah, insyaAllah saya ada untuk awak. 

Satu je saya minta. 

Jangan buat saya kecewa dengan awak. Kuatkan hati, pedulikan kata orang. Yakinkan saya bahawa perubahan awak tu kerana Allah."


Monday 5 August 2013

Bangunlah Pendaki

Bangunlah pendaki,
Jangan kau lemah,
Kelak kau akan tersebam jatuh,
Jatuh ke gaung hina.

Bangunlah pendaki,
Kau punya Dia,
Dia punya kekuatan yang kau cari,
Minta sajalah,
Tebalkan muka.

Bangunlah pendaki,
Masih panjang lagi baki pendakianmu,
Jangan kau toleh lagi ke bawah,
Kerana kau sudah jauh meninggalkan ia.

Bangunlah pendaki,
Takkan hanya kerana sebutir pasir buat kau lemah?
Takkan hanya kerana seketul batu tajam menghalang pendakian mu?
Ayuh lah pendaki,
Teruskan pendakianmu.

Benar,
Bukan mudah untuk mendaki,
Perlukan kekuatan mental dan fizikal,
Tapi tak mustahil,
Tak mustahil untuk kau lakarkan senyuman di puncak sana.

Bangunlah pendaki,
Saat kau sunyi di waktu pendakian mu,
Ingatlah bahawa Dia sentiasa di sisimu,
Sentiasa melindungimu.

Bangunlah pendaki,
Jangan terus lemah,
Kerana pendakian ini bukan sia-sia,
Pendakian ini yang paling bermakna.

Wahai pendaki yang hebat,
Asal saja kakimu kuat,
Berupaya mengorak langkah,
Teruskan, jangan berhenti.

Akhir nanti, kau temui Dia,
Dan waktu itu,
Bertiup kan angin syahdu,
Seolah-olah meraikan kejayaanmu,
Segala penat pendakian hilang,
Kau bahagia,
Bahagia di sana.

Cuma satu, bersyukurlah kerana terpilih menjadi seorang pendakiNya.

Aku Seorang Pendaki...


Aku punya hati,
Punya harapan,
Harapan agar kamu dapat membimbing ku,
Bukan makian mahupun cacian yang dilontarkan.

Aku cuba pekakkan pendengaranku,
Melakar senyuman palsu,
Jauh disudut hati,
Aku merintih pilu.

Kata-kata mu ibarat pedang,
Yang membunuhku,
Sampai aku jatuh terduduk,
Putus asa.

Aku dambakan sokongan,
Untuk aku teruskan pendakian,
Pendakian yang paling mencabar,
Tapi tak mustahil untuk aku sampai di puncakNya.

Kau terus-terusan menjatuhkan aku,
Kau lepaskan das-das pedih,
Aku parah,
Aku lemah.

Aku bukan sekuat mereka,
Bukan sehebat mereka,
Bukan se'positive' mereka,
Aku hanya aku......

Bantu aku dalam penghijrahan,
Bantu aku dalam pendakian,
Bukan beri aku sisa tohmahan.

Aku pendaki,
Pendaki yang kadang lemah,
Yang kadang jatuh,
Kerana pendakian ku ada 'pasir' nya.

Rabb,
Ku pohon kekuatanMu,
Ku pohon jaga hatiku,
Ku pohon perlindunganMu.

Semoga sahaja mereka berhenti memperlekehkan ISLAM..