Monday 7 October 2013

AKHLAK




“Ah, bisinglah kau ni. Tak habis-habis sakitkan hati aku.” Eman mencampakkan begnya ke atas katil. “Maafkan aku. Aku takd niat nak sakitkan hati kau. Tapi aku berniat nak jaga hati kau.”kata Zarif sambil menutup buku tafsir Ibn Katseer yang dihadiahi naqibnya. “Ish, geli pulak aku dengan kau ni. Nak aku report kat orang atasan ke pasal ke-‘gay’-an kau ni.” Astaghfirullahal-azim. Mengucap Zarif sendirian. Zarif meletakkan buku tafsir itu di atas meja belajarnya.
 Malas dilayan.

 ‘Mungkin saja kau lupa untuk apa kita diciptakan Aku terpanggil untuk mengajak kau buru mardhatillahNya. Aku harus pimpin tangan kau buru SyurganYA’. Zarif pujuk hatinya dengan alunan lagu Taubat Seorang Hamba yang didendang di corong radio usang miliknya.

********

“Ala sorry lah u. kawan I yang bajet alim ni sakitkan hati i.” Zarif terdengar perbualan Eman dengan entah siapa pun dia sendiri tidak tahu. Kedengaran seperti berbicara kosong bersama teman alam maya nya. Ahh, siapa pun gerangannya yang pasti Zarif tersenyum apabila terdengar perkataan ‘kawan’ yg diucap oleh Eman.

‘Kau anggap aku kawan kau, Eman? Alhamdulillah aku masih dihatimu.’

 Tiba-tiba,

“Ehh, kau ngendap eh?” Tak semena-mena dahi Zarif ditunding kasar. “Eh, taklah.” Nafi Zarif. “Kau taknak bermakwe ke? Asyik duk iktikaf kat masjid apa kau dapat?”
“Dapat cintaNya.”
“Puas?”
“Takkan pernah puas.”
“Habis tu sampai bila baru nak puas?”
 “Mungkin sampai aku mati. Tapi macam mana nak puas kalau kita sendiri tak tahu pengakhiran kita macam mana nanti. Biar penat di dunia, InsyaAllah senang-lenang di sana.” Menepuk bahu Eman.
Eman termenung. Cuba menghadam kata-kata Zarif. Ligat otaknya berfikir. Dia menuju ke biliknya sambil diekori mata Zarif. “Apahal kau pandang aku mcm tu, Zarif?” “Nak ucap, selamat malam kawan.” 

Tersentuh hati Eman tatkala menerima layanan sebegitu baik dari seseorang yang paling dibenci. “Selamat malam juga.” Eman senyum menampakkan gigi rapinya.

********

Eman terjaga tatkala mendengar sayu-sayuan kedengaran orang mengaji. Suara itu seolah-olah melembutkan hatinya. Ah, siapa tak tahu, Eman ni khatamnya dah berkali-kali, tapi hanya sekadar khatam saja. Tidak pernah sesekali mentadabbur ayat suci al-Quran itu. “Kau nak masuk syurga sorang ke?” “Allahu. Terperanjut aku. Duduk lah sebelah aku.” Zarif menutup kalamullah itu.

“Kenapa tanya soalan macam tu?”
“Sebab kau tak kejut aku untuk sama bangun malam. Kau tak ajak aku untuk jumpa dia.”

Zarif senyum. Aku kejut. Cuma kau belum diizinkan Dia untuk bangun malam. Alhamdulillah, malam ini kau terpilih. Lantas Zarif memeluk Eman. Eman terkedu tetapi merelakan kerana dia tenang berada dalam dakapan Zarif. Dia tahu, dakapan itu dakapan paling ikhlas dia terima dari seorang kawan.

“Mari, kita gunakan malam ini sebaik mungkin.”

Eman menangis lalu melakukan solat sunat taubat.

p/s: Dakwah banyak cabang. Ada yang berdakwah melalui akhlaknya saja. Dalam usrah, naqibah CD ada membincangkan tentang bab akhlak. Akhlak ni sesuatu benda yang baik yang terbit dari hati seseorang tu secara automatic. CD bagi situasi kay :
Situasi 1:
Kita nampak barang kawan kita terjatuh. 

  •   Adakah anda akan terus mengambil lalu meletakkan semula ke tempat asalnya
  •  Adakah anda berfikir 2 3 kali samada untuk mengangkatnya atau tidak


Jika jawapan antum A, perbuatan itu melambangkan AKHLAK. Cuba tengok definisi yang CD berikan di atas. Terbit sesuatu benda yang baik secara automatic. Tanpa perlu berfikir 2 3 kali seperti tingkahlaku di B.

Saiditina Aishah (r.a) berkata, akhlak Nabi Muhammad SAW adalah al-Quran.

Antum rasa apakah akhlak paling mudah kita tunjukkan dekat orang sekeliling? Cepat antum~ Kalau antum dapat jawab, CD tepuk tangan untuk antum. Hehehe. Okay lah, jawapannya adalah senyum.
Yup. SENYUM.

Senyumkan sedekah. Senyumkan buat orang yang pandang kita jadi senang hati. Tu akhlak lettew :D Kay takat sini saja. Ada masa, kita share bab lain pulak kay. Maap CD jarang update blog. *bisik* CD takd broadband. Hikhik.

Wallahu a’lam. 

Salam sayang dari cinta hatimu, Cik Donut.

No comments:

Post a Comment