Monday 18 November 2013

TINGGALKAN CORETAN PENUH SINAR



15 November 2013

Hilangnya syabab agama. Hilangnya salah seorang penyambung rantai perjuangan Rasulullah SAW. Semoga kedua-dua arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta diberikan ganjaran Syurga. Aamiin ~

tikahatikatamati.blogspot.com

Arwah meninggalkan penulisan yang sangat bagus. Berguna dan bermanfaat.

Al-Fatihah ~

----------------------------------------------------------------------

Untuk kita yang masih lagi berpeluang menikmati segala nikmat ini, mohon berfikir sejenak. Setiap hembusan nafas itu ada amanah nya. Bertanya lah kepada diri kita, KENAPA AKU MASIH DIBERI PELUANG? 

Makin lama, makin banyak aplikasi yang boleh kita sampaikan dakwah. Walaupun ia dipandang kecil pada mata manusia, tapi tidak dimata Dia. Kerana Dia memandang usaha kita, bukan natijahnya. Ambil kesempatan untuk menggunakan segala aplikasi seperti twitter, facebook, blog, WeChat, whatsapp dan sebagainya sebagai jalan untuk menyambung rantai perjuangan ini.
Tulis yang baik-baik. Sampaikan yang baik-baik. Tiada perli, cercaan, Harap dijauhkan. Tinggalkan input yang bermanfaat pada sekeliling. Siapa tahu ada yang terusik atma nya lalu berubah kerana Allah. Malaikat tak pernah terlepas mencatat segala kebaikan walaupun ia sebesar zahrah. 

Ya. Allah itu bukan sifatnya kejam. Sebesar zahrah pun Allah sudah memberi kita pahala. Allah Maha Penyayang, Maha Pemberi. Biasakan diri untuk tidak post apa-apa status yang tak membawa apa erti. Cuba kita semua berfikir, apa sebab Allah jadikan aplikasi-aplikasi tersebut?

Untuk kita hapdet status yang memerli seseorang?
Untuk kita membalas dinding dengan ajnabi?
Untuk kita post gambar-gambar yang sepatutnya ditatap yang halal saja?

BERFIKIRLAH.

Allah takkan jadikan sesuatu itu sia-sia. Pandanglah aplikasi-aplikasi tersebut sebagai salah satu cara untuk menyampaikan dakwah, berkongsi maklumat. Pandang dari aspek manfaat aplikasi-aplikasi tersebut. Belum terlambat untuk lihat semula status-status di dinding mukabuka, di burungbiru dan sebagainya.
MARI MULA.

Jangan tunggu lagi. Mati tak kenal usia. Mana-mana yang tidak sepatutnya, mohon untuk dipadam. Tak rugi. Allah sayang kita. Sebab tu Dia kurniakan kita akal untuk berfikir. Berfikir untuk jangka masa panjang. Akhir kata, tulis dan tinggalkan lah coretan yang memberi manfaat kepada orang sekeliling walaupun di masa ketiadaan kita di dunia ini.

No comments:

Post a Comment