Monday 5 August 2013

Aku Seorang Pendaki...


Aku punya hati,
Punya harapan,
Harapan agar kamu dapat membimbing ku,
Bukan makian mahupun cacian yang dilontarkan.

Aku cuba pekakkan pendengaranku,
Melakar senyuman palsu,
Jauh disudut hati,
Aku merintih pilu.

Kata-kata mu ibarat pedang,
Yang membunuhku,
Sampai aku jatuh terduduk,
Putus asa.

Aku dambakan sokongan,
Untuk aku teruskan pendakian,
Pendakian yang paling mencabar,
Tapi tak mustahil untuk aku sampai di puncakNya.

Kau terus-terusan menjatuhkan aku,
Kau lepaskan das-das pedih,
Aku parah,
Aku lemah.

Aku bukan sekuat mereka,
Bukan sehebat mereka,
Bukan se'positive' mereka,
Aku hanya aku......

Bantu aku dalam penghijrahan,
Bantu aku dalam pendakian,
Bukan beri aku sisa tohmahan.

Aku pendaki,
Pendaki yang kadang lemah,
Yang kadang jatuh,
Kerana pendakian ku ada 'pasir' nya.

Rabb,
Ku pohon kekuatanMu,
Ku pohon jaga hatiku,
Ku pohon perlindunganMu.

Semoga sahaja mereka berhenti memperlekehkan ISLAM..

2 comments:

  1. Niceeee :)
    Semoga tabah dalam mendaki pencarian kepadaNya :)

    ReplyDelete
  2. Kadang ana lemah. kadang ana jatuh. Ana tak kuat. Ana perlukan sokongan kalian, bukan perlekehan kalian. Bantu ana :(

    ReplyDelete