Saturday 12 April 2014

Berpisah Kerana Allah







Kita berpisah kerana Allah.
Kita berpisah kerana jarak di antara kita.

Sampai satu masa nanti,
Kita berpisah kerana kematian.

Dan mungkin,
Di akhirat sana--
Kita terpisah kerana amal dan taqwanya.

Insan-insan yang banyak membantu diri,
Makin lama makin pergi.
Pergi mencari ilmu Ilahi,
Tinggal lah seorang di sini.

Tersapa.
Hanya Allah sentiasa bersama.

Yang tak pergi--
Malah selalu mendekati.
Tiap masa,
Saban ketika.

Sedih.

Selepas jalinan yang terbina,
Akhirnya kata pergi terungkap jua.

Terima.
Walau parah.
Kerana sebaiknya--
Allah tempat bersandar.

Terima kasih Rabbi.
Atas perkenalan ini.
Pasti ada sebab akan perkenalan ini.

Kerana--
Aku mula kenal Ilahi.


-
-
-
-
-
-
-
-


Forever sayang kak syu,
Athirah.

No comments:

Post a Comment